About the Press

Sejarah Penerbit Universiti Malaysia Pahang (Penerbit UMP)

Penerbit UMP telah ditubuhkan pada 2002 selari dengan penubuhan Kolej Universiti Kejuruteraan Teknologi Malaysia (KUKTeM). Pada awalnya Unit Penerbitan ini diletakkan di bawah fungsi Perpustakaan, bagaimanapun selepas dinaik taraf kepada universiti awam pada 2007, unit penerbitan dipecahkan kepada dua iaitu Penerbitan Korporat dan Penerbitan Ilmiah. Penerbitan Korporat beralih di bawah pentadbiran Pejabat Naib Canselor (PNC), manakala Penerbitan Ilmiah diletakkan sebagai unit di Pejabat Penyelidikan dan Inovasi (P&I).

Di bawah P&I, unit penerbitan ini bertanggungjawab untuk menerbitkan bahan-bahan ilmiah yang disediakan oleh pensyarah UMP untuk disebar dan dijual kepada umum. Atas faktor tersebut, Penerbit UMP dilihat mampu berdiri di atas kaki sendiri untuk menjana pendapatan kepada universiti. Setelah hampir lapan (8) tahun, Penerbit UMP telah dinaik taraf sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) pada 2015 untuk menyokong salah satu inisiatif UMP iaitu Kelestarian Kewangan bagi menjana pendapatan menerusi aktiviti jualan buku.