PENGGUNAAN TEKNOLOGI STUNNING DALAM SEMBELIHAN HALAL DI MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

Authors

Tuan Sidek
Ridzwan Ahmad

Synopsis

Perkembangan teknologi turut memberi kesan kepada industri pengeluaran daging halal. Antara teknologi yang digunakan dalam sembelihan halal pada hari ini ialah stunning. Terdapat pelbagai perbincangan berkaitan penggunaan teknologi ini termasuklah dari sudut keharusannya pada pandangan syarak. Walaupun terdapat sedikit perbezaan pendekatan dalam membenarkan penggunaannya dalam industri halal, di Malaysia, terdapat pandangan hukum dan fatwa yang mengharuskan penggunaannya jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, tulisan ini dikemuka untuk menjelaskan kedudukan penggunaan stunning dari perspektif maqasid syariah. Fokus perbincangan ialah penilaian terhadap penggunaannya sama ada lebih menepati maslahah penjagaan daruriyyat al-khams atau sebaliknya. Tulisan ini berdasarkan kajian yang menggunakan kaedah kualitatif. Pengumpulan dan analisis data dibuat menggunakan pendekatan analisis dokumen. Analisis menunjukkan sembelihan yang tidak menggunakan teknik stunning lebih menepati maslahah dalam menjaga daruriyyat al-khams khususnya dalam penjagaan agama, nyawa dan harta.

Downloads

Published

November 1, 2023

Details about this monograph

Physical Dimensions