PEMAKANAN HALAL DAN PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN MUSLIM

Authors

Mohd Suhardi Mat Jusoh

Synopsis

Persoalan hukum halal-haram dalam aspek pemakanan halal adalah di antara perkara yang begitu ditekankan oleh syariah Islam kerana ia berkaitan dengan prinsip menjaga salah satu kepentingan asas kehidupan manusia iaitu prinsip menjaga nyawa seseorang. Sehubungan itu, aspek pemakanan halal yang terkandung maknanya dalam kategori al-tayyibat bukan sahaja baik untuk kebaikan dan kesihatan diri manusia, malah pemakanan halal sebenarnya adalah suatu elemen penting dalam proses pembentukan akhlak dan kebersihan hati seseorang. Dalam konteks ini, penulisan ini menjelaskan aspek pemakanan halal dan hubungannya dalam pembentukan keperibadian seseorang dari sudut pemakanan halal menurut maqasid syariah, pemakanan halal dan aspek pembersihan jiwa serta tanggungjawab pemeliharaan diri dari makanan haram dan syubhat. Semua elemen yang dijelaskan dalam penulisan ini merupakan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian oleh seseorang Muslim dalam rangka pembentukan keperibadian diri yang luhur agar dia menjadi seorang Muslim yang menghayati nilai- nilai ajaran Islam dan berpegang kepada hukum halal dan haram secara konsisten khususnya dalam aspek pemakanan halal.

Downloads

Published

November 1, 2023

Details about this monograph

Physical Dimensions