Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk

Authors

Nur Athirah Mohd Basir; Khairull Nasrudin Mansor; Nor Mahirah Mustapha; Mohd Nazarni Che Isa; Mohd Syazwan Nizam Mohd Moni

Synopsis

Ini merupakan sebuah buku yang menceritakan latar belakang perniagaan dan perkongsian pengalaman usahawan-usahawan yang dilahirkan oleh UMP. Idea untuk menerbitkan buku ini lahir apabila menyedari tentang kepentingan mendokumenkan pengalaman perjalanan hidup usahawan serta tip-tip perniagaan yang boleh dikongsi bersama. Dengan penerbitan buku seperti ini, ia akan menjadi titik mula untuk menonjolkan ikon-ikon usahawan yang berjaya dilahirkan oleh UMP. Kandungan buku ini boleh dijadikan sumber rujukan dan inspirasi kepada semua pelajar UMP yang akan dan yang baharu bergelar usahawan. Semoga dengan terbitnya buku ini, para pelajar yang ingin berjinak dalam bidang keusahawanan akan mendapat suntikan semangat bagi menceburi bidang yang penuh cabaran ini. Semoga Allah permudahkan segala usaha UMP untuk meningkatkan bidang keusahawanan dan melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya. Hal ini selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu untuk membudayakan keusahawanan dalam segenap lapisan masyarakat dan merangsang pembangunan keusahawanan bersepadu dan holistik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Downloads

Published

February 1, 2020

Details about the available publication format: pdf

pdf

Physical Dimensions

Details about the available publication format: shopee

shopee

Physical Dimensions