ETIKA PERUBATAN DARI PERSPEKTIF ISLAM: SATU ANALISIS LITERATUR DARI SUDUT MENGHORMATI HAK-HAK PESAKIT
Keywords:
hak pesakit, etika perubatan, perubatan Islam, pusat perubatanSynopsis
Hak pesakit sewajarnya selalu dilindungi dan dihormati ketika mereka menjalani rawatan di pusat perubatan sama ada di klinik mahupun di hospital. Layanan yang baik seperti berkomunikasi dengan lemah-lembut dan mesra serta memelihara amalan agama pesakit perlu diutamakan. Ini bagi menjaga sensitiviti mereka untuk mendapatkan rawatan yang terbaik dan tulus tanpa mengira status sosial atau keturunan mereka. Namun, dalam situasi lain, hak-hak pesakit didapati terabai oleh sesetengah agensi perubatan. Kegagalan menjaga hak-hak pesakit menyalahi etika perubatan menurut perspektif syariat Islam. Oleh itu, satu analisis berasaskan kaedah kajian kepustakaan akan digunakan untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dan kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah induktif bagi mendapatkan satu kesimpulan. Hasil kajian menunjukkan bahawa hak-hak pesakit sentiasa mendapat perhatian pegawai perubatan dan pengurusan pusat perubatan. Antara hak-hak pesakit yang diberikan perhatian ialah layanan yang baik, menerima pandangan atau cadangan dan mematuhi sensitiviti agama pesakit. Justeru, pusat perubatan harus sentiasa memberi keutamaan kepada keperluan pesakit kerana ia merupakan satu kewajipan yang bertepatan etika perubatan dan syariat Islam.

Downloads
Published
Categories
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.