PENGARUH FAKTOR DEMOGRAFI TERHADAP KESEDIAAN E-LATIHAN DARI ASPEK SIKAP DAN LITERASI DALAM KALANGAN PEKERJA INDUSTRI DI NEGERI JOHOR
Keywords:
kesediaan, e-latihan, sikap kepenggunaan komputer, literasi komputer, fasiliti komputer, akses teknologiSynopsis
Kaedah e-latihan memerlukan suatu tahap kesediaan yang tinggi dalam kalangan pekerja industri bagi memastikan manfaatnya diperoleh dan kejayaannya dikecapi. Kajian ini dilakukan bagi tujuan meneroka secara analitik tahap kesediaan pekerja industri terhadap kaedah e-latihan dari aspek sikap kepenggunaan komputer, literasi komputer, fasiliti komputer dan akses teknologi. Di samping itu, kajian ini dijalankan bertujuan meneroka secara analitik sejauh manakah pengaruh faktor demografi dalam meramal sikap kepenggunaan komputer, literasi komputer, fasiliti komputer dan akses teknologi. Kajian yang dijalankan di daerah Batu Pahat, Johor ini melibatkan seramai 400 orang pekerja industri elektronik, makanan, tembikar dan tekstil. Data diperoleh menerusi soal selidik dianalisis secara kuantitatif. Menerusi analisis multiregresi, hasil kajian mendapati beberapa faktor demografi berdasarkan diri pekerja dan tempat kerja adalah signifikan dalam meramal faktor sikap kepenggunaan komputer, literasi komputer, fasiliti komputer dan akses teknologi. Hasil kajian juga mendapati kesediaan pekerja industri terhadap kaedah e-latihan dari aspek sikap kepenggunaan komputer adalah pada tahap yang tinggi. Manakala dari aspek literasi komputer, fasiliti komputer dan akses teknologi pula menunjukkan tahap kesediaan yang sederhana. Tahap kesediaan pekerja industri terhadap kaedah e-latihan secara amnya yang masih sederhana perlu diatasi bagi memastikan kaedah e-latihan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Downloads
Published
Categories
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.