PERKEMBANGAN IDEOLOGI NASIONALISME MELAYU DALAM PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS): SATU ANALISIS PERBANDINGAN PEMIKIRAN NASIONALISME MELAYU ANTARA MOHD ASRI MUDA, YUSOF ABDULLAH RAWA DENGAN ABDUL HADI AWANG
Keywords:
pemimpin PAS, nasionalisme, MelayuSynopsis
Kajian ini membincangkan mengenai perkembangan ideologi Nasionalisme Melayu dalam kalangan pemimpin tertinggi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari tahun 1951 hingga 2021. Permasalahan yang akan menjadi momentum kajian ini ialah perbincangan tentang sejauh mana wujudnya elemen-elemen nasionalisme Melayu dalam Parti Islam Se-Malaysia dalam kalangan pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) iaitu Dato’ Mohd Asri Muda, Tuan Guru Haji Yusof Abdullah Rawa dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Sekiranya elemen-elemen nasionalisme Melayu ini wujud, pengkaji akan menjelaskan sejauh mana ideologi nasionalisme Melayu ini diinterpretasikan oleh ketiga-tiga pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa era kepimpinan mereka sebagai Yang Dipertua PAS (sekarang Presiden PAS) sehingga mencetuskan isu dan faktor-faktor yang mendorong kepada polemik yang berlaku terhadap ideologi nasionalisme Melayu semasa era kepimpinan mereka yang memberikan impak kepada pertembungan pemikiran nasionalisme Melayu dalam kalangan pemimpin Parti Islam Se-Malaysia iaitu golongan yang menyokong (Pro Nasionalis) dan golongan yang menolak ideologi nasionalisme (konservatif). Kritikan dan implikasi pertembungan pemikiran nasionalisme ini dalam kalangan pemimpin PAS akan menentukan hala tuju politik Parti Islam Se-Malaysia sekali gus memberikan signifikan kepada kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu ramah terhadap responden yang telah dipilih dan mereka merupakan sumber primer serta menganalisis beberapa dokumen sebagai sumber sekunder. Dapatan awal kajian ini mendapati bahawa perbezaan pandangan mengenai ideologi nasionalisme Melayu sememangnya berlaku dalam PAS. Terdapat segelintir golongan pemimpin PAS yang menolak ideologi nasionalisme dan ada juga yang menerima ideologi ini dengan bersyarat sekali gus memberikan implikasi kepada institusi kepartian PAS yang berusaha meraih sokongan orang Melayu dalam memenuhi agenda politik PAS.

Downloads
Published
Categories
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.