PENGAMALAN ETIKA ISLAM DALAM PERUBATAN: KUPASAN PRINSIP HUKUM DAN MAQASID SYARIAH

Authors

Hasan Ahmad
Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, 26300 Pahang, Malaysia
Khosenulhan AB Rahman
Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, 26300 Pahang, Malaysia
Mansor Sulaiman
Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, 26300 Pahang, Malaysia

Keywords:

etika Islam, perubatan, pengamalan, maqasid syariah, prinsip hukum

Synopsis

Etika merupakan salah satu konstruk penting dalam kehidupan manusia bagi menjamin keharmonian hubungan sesama makhluk yang berterusan. Ia bukan sahaja menyentuh hubungan manusia bahkan termasuk alam sekitar serta lain-lain kehidupan sejagat. Etika bermaksud nilai yang mendasari sesuatu perlakuan atau perubatan semasa kita berinteraksi antara satu sama lain. Dalam sektor perubatan, etika merupakan suatu set perilaku yang amat penting untuk diamalkan bagi tujuan memberikann khidmat terbaik kepada setiap pesakit yang dirawat. Doktor perubatan mestilah mengamalkan etika yang terbaik sepanjang masa tempoh rawatan sehingga selesai. Kertas kerja ini akan membincangkan prinsip-prinsip hukum dalam kaedah perubatan Islam dan seterusnya membincangkan teras maqasid syariah dalam menentukan bagaimana elemen-elemen etika Islam dapat disesuaikan dengan konsep dunia perubatan terkini yang sedia ada. Umum mengetahui bahawa elemen etika Islam sering diamalkan, namun ia tidak bermakna etika tersebut dipandu oleh pendekatan yang islamik serta berintegriti khususnya ketika membuat diagnosis ke atas pesakit sama ada lelaki atau wanita. Metodologi kajian ini berpandukan kepada rujukan-rujukan yang berteraskan Islam melalui buku-buku klasik dan moden serta artikel jurnal yang berkaitan. Analisis akan dibuat berdasarkan pandangan-pandangan Islam, namun akan mengambil kira pandangan Barat dan moden dalam elemen etika perubatan moden masa kini. Secara keseluruhan, terdapat amalan etika bercirikan Islam yang diamalkan oleh para doktor perubatan di negara ini. Walau bagaimanapun, ia mestilah berdasarkan kepada maqasid syariah yang bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar. 

Downloads

Published

December 16, 2024