KESEIMBANGAN ASPEK SPIRITUAL DAN MATERIAL DALAM PEMBANGUNAN TAMADUN: TINJAUAN DARI PERSPEKTIF AYAT-AYAT AL-QURAN DAN SEJARAH
Keywords:
tamadun, keseimbangan spiritual dan material, sejarah, tafsir, al-QuranSynopsis
Bab ini akan merungkai perbincangan berkenaan keperluan kepada keseimbangan aspek spiritual dan material dalam pembangunan tamadun menerusi perspektif al-Quran dan sejarah. Bagi mencapai objektif, bab ini akan mengemukakan beberapa nas al-Quran yang menjelaskan kepentingan keseimbangan kedua-dua aspek ini dalam pembangunan tamadun manusia secara spesifik dan juga nas-nas umum yang membawa kepada maksud yang sama. Bab ini juga akan membawa beberapa analisis yang telah dikemukakan oleh beberapa sarjana sejarah seperti Malek Bennabi dan Arnold Toynbee yang mengukuhkan perkara yang telah dijelaskan oleh al-Quran. Secara umumnya, bab ini bersandarkan kepada kajian kepustakaan sepenuhnya dengan rujukan kepada kitab-kitab tafsir muktabar dan juga tulisan-tulisan sarjana dalam bidang tafsir dan sejarah. Rujukan-rujukan ini dianalisis berpandukan kepada objektif yang telah digariskan. Hasil kajian mencadangkan keperluan kepada keseimbangan antara pencapaian dalam aspek spiritual dan material ialah ramuan utama kepada pembangunan tamadun yang baik. Sebarang ketidakseimbangan antara kedua-dua aspek ini memberikan kesan yang sebaliknya kepada sesebuah tamadun. Ia diharapkan dapat menjadi panduan kepada setiap pihak yang terlibat dalam pembangunan tamadun khususnya negara Malaysia yang menekankan aspek “Malaysia Madani”.

Downloads
Published
Categories
License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.