PELAKSANAAN PROGRAM TARBIAH DAN HUBUNGANNYA DALAM PEMBENTUKAN EMOSI DAN SPIRITUAL PELAJAR: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI JOHOR

Authors

Atikah Adl Hamzah
Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, 26300 Pahang, Malaysia
Mohd Suhardi Mat Jusoh
Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, 26300 Pahang, Malaysia
Nuruddin Zanki Hamzah
Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, 26300 Pahang, Malaysia

Keywords:

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), program tarbiyyah, pembentukan emosi dan spiritual

Synopsis

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ialah sekolah-sekolah yang menerima kelebihan yang sama seperti sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai institusi pendidikan formal, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sangat berperanan dalam memastikan kandungan pembelajaran pendidikan Islam disampaikan secara berkesan melalui program pendidikan Islam formal dan non- formal menerusi setiap program-program tarbiah seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan insan yang cemerlang dari Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sahsiah. Sehubungan itu, objektif utama kajian ini ialah mengenal pasti elemen - elemen keberkesanan program tarbiah dalam pembentukan emosi dan spiritual pelajar. Secara khusus, kajian ini berbentuk analisis dokumen iaitu penyelidik menganalisis dapatan- dapatan kajian lepas dan terkini bagi membangunkan kerangka konseptual kajian ini. Dapatan awal kajian ini menunjukkan terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi keadaan tersebut iaitu manhaj tarbiah, konsistensi program tarbiah, penglibatan guru sebagai murabbi program.

Downloads

Published

December 18, 2024